*Assalamualaikum wbt.*
Jom bersama-sama menyertai *Program KITARRecycle*
Sempena *Program Infaq Ke Masjid* anjuran Masjid Asy Syujaah Merlimau Utara dengan kerjasama SWM Environment.
Jika di rumah tuan/puan ada barang terpakai seperti *surat khabar lama, kotak, buku, botol plastik, botol kaca, besi buruk, tin aluminium, peralatan elektrik lama, komputer, televisyen, peti sejuk atau mesin basuh,* jangan dibuang begitu sahaja.
Bawa dan sumbangkan ke Masjid Asy Syujaah.
Barang terpakai ini akan dikitar semula dan hasilnya akan dijadikan infaq kepada masjid.
*Tarikh: 19 Julai 2026, Ahad*
*Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi*
*Tempat: Perkarangan Masjid Asy Syujaah, Merlimau Utara*
Sumbangan kecil daripada rumah kita, insya-Allah boleh menjadi pahala besar di sisi Allah.
*Barang lama jadi pahala.*
*Kitar semula jadi infaq.*
*Bersihkan rumah, imarahkan masjid.*