Tarikh: 20 Jun 2026
5 Muharram 1448H
Semua Jemaah Kariah
Masjid Asy Syujaah
Merlimau Utara
Tuan/Puan/Cik,
*NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026 MASJID ASY SYUJAAH MERLIMAU UTARA MERLIMAU MELAKA*
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sehubungan dengan itu tuan/puan/cik dijemput hadir ke mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:
Tarikh: 28 Jun, 2026 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Masjid Asy Syujaah Merlimau Utara
3.Agenda Mesyuarat Agung
i. Ucapan Pengerusi Masjid Masjid Asy Syujaah Merlimau Utara
ii. Membentangkan Laporan Aktiviti tahunan 2025.
iii. Membentangkan dan mengesahkan Penyata Kewangan 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2025
iv. Membentangkan dan membahaskan usul (Jika Ada)
vi. Ucapa Penangguhan.
4.Kerjasama serta kehadiran tuan/puan/cik didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, dan salam hormat.
"MELAKA MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA,MENGGAMIT DUNIA"
"BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT"
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
(Norhafiz Bin Haron)
Pengerusi
Masjid Asy Syujaah
Merlimau Utara
Merlimau, Melaka