• Main
  • News

????️ *JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA AMAL JARIAH INI*

*Kuliah Dhuha Perdana bersama Ustaz Abdul Somad (UAS)*

???? 20.12.2025 (Sabtu) | ⏰ 9.00 pagi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kami amat tersentuh apabila *ramai sahabat dan jemaah menghubungi pihak masjid* dengan niat yang sangat mulia — ada yang ingin membelanja sarapan UAS, menyediakan makan tengah hari, membeli hadiah, serta berharap dapat berjumpa dan berdepan secara peribadi bersama UAS.

Setiap niat itu *amat kami hargai* ????

Namun, atas faktor *keselamatan, kawalan pergerakan dan kekangan masa*, pihak masjid dengan penuh rendah hati memohon maaf kerana *tidak dapat memenuhi hajat-hajat tersebut*.

???? *Walaubagaimanapun*, keikhlasan tuan/puan *tidak terhalang*.

Jika diizinkan Allah, hajat tersebut boleh diterjemahkan menjadi *penajaan dan sokongan keperluan program*, agar urusan penganjuran ini *boleh diringankan dengan sumbangan* dan lebih ramai jemaah dapat mengikuti majlis ilmu ini dengan selesa.

???? *Antara perkara yang boleh diringankan dengan sumbangan ialah*:

• LED Screen untuk pengunjung di kawasan terbuka

• White Screen & projektor untuk bahagian atas masjid

• Token untuk Ustaz Abdul Somad (UAS)

• Promosi & pengimarahan program

???? *Sumbangan serendah RM5 pun sangat bermakna*

Mungkin kecil pada kita,

namun besar nilainya apabila disatukan dengan niat yang ikhlas.

???? *Cara Menyumbang*:

???? Imbas / Scan QR Code Masjid Asy Syujaah

Setiap ringgit yang disumbangkan, insyaAllah:

✨ menjadi saham akhirat

✨ menghidupkan majlis ilmu

✨ mengalirkan pahala selagi ilmu itu diamalkan

???? Semoga Allah SWT menerima setiap niat yang baik,

membalasnya dengan ketenangan hati,

dan melimpahkan keberkatan dalam kehidupan tuan/puan.

Terima kasih atas doa, sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

*Pengurusan Masjid Asy Syujaah*


About Us